Strategi Pemasaran Di Facebook Yang Proven

aulisuwaisFacebook, Tips Pemasaran OnlineLeave a Comment

Facebook memang terkenal dengan conversion rate yang tinggi. Tapi sudahkah anda gunakan strategi pemasaran di Facebook yang saya nak bagitau ni?

Terlampau banyak tools dan teknik yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan jualan anda di Facebook. Jadi anda boleh teruskan membaca kalau anda nak tahu.

Strategi Pemasaran Di Facebook

Facebook adalah sosial media yang paling ramai pengguna di dunia ni so Facebook memang lubuk duit bagi anda yang berniaga.

Ramai usahawan yang saya jumpa telah menggunakan teknik dan strategi yang sama untuk buat jualan sehingga lebih daripada RM1juta setahun.

Antaranya adalah:

Facebook Ads

Text

Kenapa Facebook Ads? Facebook Ads (sponsored post) mampu melonjakkan reach post anda. Ini adalah merupakan method paling cepat dan mudah untuk dapatkan result.

Kalau anda tak tahu nak buat Ads ni macam mana, anda boleh baca artikel saya DI SINI.

Algorithm Facebook sekarang bukan macam dulu. Kalau anda post di Facebook Page anda, ada kemungkinan orang yang nampak post anda tu hanya 3% daripada jumlah likers di Facebook Page anda.

Bayangkan anda mempunyai lebih 10,000 likers. Yang nampak mungkin tak sampai 80 orang pun.

Penggunaan Facebook Ads sedikit teknikal tapi ianya memang akan membawa untung yang tinggi bagi mereka yang pandai menggunakannya.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan Facebook Ads, ia ada setting yang menarik untuk anda dapatkan customer iaitu:

  • Custom Audience
  • Lookalike Audience
  • Facebook Page > People Who Like Your Page
Custom Audience

Text

Kebiasaanya custom audience dibuat untuk retarget iklan anda kepada mereka yang pernah mengunjungi website atau Facebook Page anda.

Berikut adalah senarai fungsi yang anda boleh gunakan untuk custom audience.

  • Customer File = Retarget menggunakan database (email, no phone)
  • Website Traffic = Retarget mereka yang pernah masuk ke website anda.
  • App Activity = Retarget mereka yang pernah masuk ke app (Contoh: Instant Article)
  • Offline Activity = Tak tahu sebab tak pernah buat. Haha (Ini features baru)
  • Engagement = Retarget mereka yang pernah masuk ke Facebook Page atau Instagram Business anda.

Biasanya saya hanya gunakan customer file, website traffic dan engagement sahaja. Itu sudah cukup untuk anda buat bagi retarget iklan anda kepada mereka yang dah kenal anda.

Retarget ni lebih mudah dan senang kerana pelanggan anda dah kenal siapa anda. Jadi mudah untuk anda lakukan jualan melalui method custom audience ni.

Lookalike Audience

Text

Ini features favorite saya bila saya cuba gunakan Facebook Ads.

Lookalike Audience ni dengan kata lain adalah untuk kita targetkan iklan kita kepada mereka yang ada persamaan dengan orang yang like Facebook page anda.

Contoh Ali dan Abu. Ali like page saya tapi Abu tidak like page saya. Cuma mereka ada satu persamaan iaitu mereka minat dengan pemasaran melalui Facebook.

Jadi lookalike audience ni akan membuatkan iklan saya dilihat oleh Abu. Dengan lain cite, lookalike audience ni sesuai untuk mereka yang mahu mencari customer “baru” yang mempunyai persamaan.

People Who Like Your Page

Text

Ini paling mudah. Iklan setting “People Who Like Your Page” akan membuatkan iklan anda dilihat oleh orang yang sudah like page anda sahaja. Senang kan? Huhu..

Gunakan Facebook Message Bot

Ok ni adalah tool yang menarik. Banyak company yang sudah implement penggunaan Facebook Message Bot ni.

Antara platfom yang famous dan bagus untuk anda setup Facebook Message Bot ni adalah:

Message Bot ni sebenarnya seperti email blast (email marketing) tapi ianya adalah messenger blast.

Maksudnya anda dapat blast mesej anda di platfom Facebook. Opening rate memang sangat tinggi. Jauh lagi tinggi daripada email. Sebab biasanya orang mudah untuk buka messenger mereka di Facebook ataupun melalui aplikasi Messenger.

Content Marketing Di Facebook Page

Part ni sedikit susah kerana anda perlukan idea yang menarik untuk buat audience anda berinteraksi (like, comment, share) di Facebook Page anda.

Benda ni boleh membina trust di kalangan prospek anda sekiranya anda lakukan dengan betul. Antara content marketing yang biasa saya gunakan adalah:

  1. Livefeed
  2. Gambar / Video (Infographic)
  3. Tips / Sesi Sharing

Content Marketing wajib anda masukkan dalam proses funnel anda supaya anda dapat optimizekan sehabis mungkin tentang strategi pemasaran di Facebook anda.

Post Timing

Benda ni tak perlu saya nak huraikan panjang lebar rasanya. Anda cuma perlu tahu masa yang sesuai untuk anda post di Facebook anda sahaja.

Kalau kena tepat dengan masa, post anda mungkin mempunyai engagement yang tinggi.

Bina Atau Join FB Group

Ini mungkin strategi yang anda suka kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk gunakan method ini.

Kenapa saya suruh bina atau join fb group?

Pembinaan Group FB adalah untuk mewujudkan hubungan antara anda dan juga pelanggan sedia ada anda. Sekiranya mereka sukakan komuniti anda, mungkin ramai yang akan rekemen produk / servis yang anda jalankan.

Bak kata orang Referal Marketing. Ianya mungkin cara pemasaran yang paling berkesan dan mempunyai impak yang tinggi untuk syarikat anda.

Text

Dan sekiranya anda masih belum join apa-apa Fb Group tu, better anda join sekarang. Yang saya suruh join tu bukan join group cikgu cikgi  atau apa-apa group yang asyik menjual tu.

Tapi anda kena join group Fb yang ada potensi pelanggan anda.

Sebagai contoh, saya mempunyai kedai makan di Bangi. Then saya akan join group yang ramai penduduk Bangi disitu. Lepas tu pandai-pandai la post benda yang berkait dengan bisnes anda.

Dalam proses ni, anda tak sepatutnya menjual (hardsell) di situ. Hanya sekadar buat post untuk memberitahu kewujudan bisnes anda. So benda ni cuma nak create awareness tentang bisnes anda kepada orang ramai.

Ok. Settle sharing saya harini. Kalau anda ada apa-apa pertanyaan, sila komen di bawah ni ye. Ada masa saya akan jawap. Terima kasih sebab meluangkan masa 😀

Opps tunggu kejap!

Nak belajar lagi mendalam tentang Facebook Marketing?

About the Author

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.