Step Membina Content Artikel Untuk Website Anda

aulisuwaisReview Produk Digital, Tips Pemasaran Online, Website1 Comment

Antara benda yang paling pening bila nak buat artikel ni sebenarnya adalah idea.

Ya idea. Memang susah kalau nak buat atau bina konten artikel yang agak power dengan mudah. Macam saya tulis sekarang ni lah. Tak senang nak memikirkan bila nak menaip.

Biasanya bila saya buat artikel, saya akan ambil masa lebih kurang dalam 3-4 jam untuk sediakan bahan, kumpul idea, dan juga gambar-gambar yang saya nak letak.

Tu belum lagi part nak menulis artikel. Maklumlah. Bukan biasa buat artikel. Haha.

Kenapa Anda Patut Buat Artikel / Blog Di Website

Pada awalnya saya berniaga, susah untuk produk saya nak diketahui orang sebab saya main menjual je.

Takde bagi benefit sikit pun dekat prospek. End up diorang semua boring dengan saya sebab asyik mempromote.

So apa solution saya? Jawapannya adalah “sharing“. Dengan kata lain, saya kena sediakan content yang menarik untuk orang membaca di website saya.

Macam anda tengah baca web saya ni lah. Haha. Padan muka.

Tapi sabar. Banyak faedah lain yang anda boleh dapat daripada sharing content ni tau seperti:

  • Buat duit dengan Google Adsense
  • Naikkan ranking Website dengan SEO (Search Engine Optimization).
  • Branding (Orang nampak kita ni terer..haha)
  • Marketing berterusan tanpa keluar kos yang banyak.

Buat Duit Dengan Google Adsense

Buat Duit Dengan Google Adsense

Pernah nampak iklan dekat Mudah.my, Berita Harian, Siakap Keli, Oh Bulan!, dan sebagainya?

Mostly iklan disitu merupakan iklan dari Google. Bila orang (visitor website) klik gambar iklan tersebut, kita sebagai pemilik website boleh dapat duit dari Google.

Benda ni boleh jadi pendapatan pasif anda sekiranya anda rajin buat artikel.

Hanya dapatkan trafik ke website anda dan anda dah boleh jana duit dengan Google Adsense. Of koz lah kena register akaun Google Adsense dulu. Baru boleh buat duit.

Naikkan ranking Website dengan SEO

Naikkan Ranking Di Google

Bila banyak content artikel di website anda, ranking website anda di Google boleh meningkat dan anda boleh dapatkan trafik yang banyak di website anda.

Tapi SEO adalah antara benda paling teknikal yang susah untuk belajar.

Yelah, kena buat backlink lagi, kena survey keyword lagi, kena optimize speed website lagi, dan lain-lain benda teknikal.

Tapi boleh je nak belajar benda basic dulu. Yang penting kena register website anda di Google Search Console. Baru lah website kita dapat masuk dalam page Google dengan mudah.

Branding

Bila buat website, biasanya kita dah tau apa niche yang kita nak masuk.

Sebagai contoh website yang memberikan info-info berkenaan dengan fashion seperti Fashion Valet. Bila orang Google pasal Fashion je keluar web Fashion Valet dekat Google.

Secara tak langsung, orang akan anggap Fashion Valet adalah tempat yang betul untuk mereka tahu tentang Fashion zaman kini dan boleh dapatkan maklumat lebih tentang fashion.

So apa jadi lepas tu? Nama Vivy Yusof lah yang naik. Haha. Of koz nama branding dia pun naik sekali.

Senang cakap, Vivy Yusof pun mulakan empire perniagaan beliau dengan buat blog dulu. Lama-lama nama dah naik, boleh ler nak menjual bila dah ada database dan follower tegar.

 Marketing

Dah kalau semua benda orang Google keluar nama website kau, memang power lah marketing kau.

Jangan salah paham. Power tu power dari segi SEO.

So bayangkan lagi sekali (huhu), anda tak perlu keluarkan modal selain domain dan hosting (around RM300 setahun) untuk dapatkan pelanggan anda secara berterusan.

Website yang lama dijaga dengan baik dan sentiasa diupdate, biasanya akan keluar dekat Google dalam tempoh yang sangat lama. Lama tu mungkin 3 – 6 tahun lah.

So kalau anda memang spend time buat artikel je keje, bayangkan lah lagi sekali. Malas dah nak cakap. Haha. ( Sebab taktau nak tulis apa dah..)

Step Hasilkan Konten Artikel

Okay. Dekat sini saya pendekkan je cara saya hasilkan konten untuk website saya.

Stepnya adalah:

  1. Cari topik tentang apa yang nak ditulis.
  2. Survey keyword “hot” berkenaan topik yang anda tulis.
  3. Mula cari info-info di Google, buku, surat khabar dan survey dari orang ramai.
  4. Mulakan menulis artikel lepas anda dah paham tentang topik tu.

Simple kan? Tak susah mana pun. Kena rajin jelah. So di samping anda menulis artikel, anda pun belajar tentang sesuatu benda yang baru. Win win situation.

Konklusi?

Nak senang kena rajin update website. Nak senang kena rajin buat artikel/blog.

Banyak benda lagi yang anda perlu tahu untuk buat artikel ni. Cara penulisan pun kena sesuai dengan target prospek. Kalau tak naya bang oii.

Dan kalau anda menjual tudung, pergi lah buat artikel pasal tudung ke apa. Jangan la cerita pasal Najib dengan Rosmah. Trafik memang banyak tapi kalau tak berkualiti buat apa.

Unless nak main Google Adsense. Boleh je nak sembang apa bagai.

Macam website AulisUwais.com ni, saya cuma akan share tentang tips-tips online marketing sahaja. Takde topik lain yang akan masuk disini. Okay?

Okay stop kejap dekat sini..

Kalau anda takde idea nak buat artikel atau nak buat artikel dengan cara mudah, anda boleh terus KLIK SINI.

Ada orang cipta software untuk anda buat artikel dengan cara yang mudah. Make sure baca betul-betul info yang diberikan sebab tak semua orang sesuai dapatkan software ni.

Baca A- Z. Jangan malas-malas. Nak kaya jangan malas. Sekian dari saya. Semoga bermanfaat.

Dapatkan Software Bina Artikel!

Sekiranya anda ingin jalan mudah untuk bina artikel, jangan segan silu untuk klik button!