Step Ke Arah RM2K Dengan Instagram

aulisuwaisInstagram96 Comments

Tahun 2017 ni mungkin tahun yang agak mencabar. Terutamanya mereka yang masih lagi berpendapatan kurang daripada RM3k. Mana tak nya…rumah kena bayar, kereta kena bayar, makan pun kena bayar.

Takde benda percuma pun.

Memang saya pernah mengalami masalah macam ni dulu. Dulu makan ‘Nasi Bujang’ je kot. Nasib dah kawin sekarang. Haha.

Jadi saya terpikir..”AKU DAH BUAT. DAN AKU DAH BERJAYA”.

Takde lah berjaya mana. Tapi kalau sekadar nak guide buat sale dekat Instagram tu memang takde masalah.

Benda yang saya akan share ni lebih sesuai kepada mereka yang nak buat pendapatan lebih. Untuk yang sekadar nak baca ataupun dah buat puluh2 riban tu boleh ambil sebagai iktibar jelah.

Fahamkan Konsep Instagram Dahulu

Hampir semua orang yang follow saya tau yang saya run bisnes buat custom planner dengan wife. Ini cuma pendapatan sampingan sebab hobi wife saya je.

Well produk yang kami buat ni cuma dijual masa akhir tahun je. Sebab jual Planner kan. Bukan boleh setiap masa nak jual.

Boleh check Instagram kami di @everyday.planners

Text

Core bisnes buat benda lain sebenarnya.

Dekat sini saya cuma nak terangkan bahawa, “produk rare” ni sebenarnya sangat-sangat laku di Instagram.

Antara contoh produk laku keras di Instagram adalah:

  • Planners
  • Kek
  • Cookies
  • Tudung

Atas ni cuma contoh je. Senang cite, di Instagram, orang lebih suka cari benda yang mereka susah nak mencari.

Walaupun tudung adalah salah satu benda yang common di Malaysia, produk tersebut masih laku keras atas sebab kreativiti usahawan tudung yang buat reka bentuk tudung tu sendiri unik.

Susah nak di cari. Sama jugak kek. Kek ada banyak. Tapi yang perform selalunya mereka yang buat kek dengan unik dan bentuk yang unik.

Produk-produk ini memang laku keras di Instagram.

Kenali Pelanggan Anda

Tanya diri sendiri dulu, ada ke customer anda dekat Instagram ni?

Sebab yang kaki shopping dekat Instagram ni mostly berumur dalam lingkungan 15 – 30 tahun.

Jadi produk yang anda jual tu sendiri kena lah bersesuaian dengan umur.

Dan anda kena tahu 1 benda penting ni. Yang kaki shopping di Instagram ni adalah generasi muda. Mereka lebih kenal dunia teknologi ni berbanding mereka yang berusia.

Mereka lagi suka kalau anda pandai display produk anda di Instagram.

Generasi sekarang ni pandai. Diorang tak tengok iklan-iklan yang buruk tu. Anda kena tahu dan pandai displaykan produk anda di Instagram. Seperti yang saya dan wife buat. (Boleh refer Instagram kami tu..)

Text

Sebab tu ramai yang betul-betul perform di Instagram ni sebab cara diorang display (tunjuk produk) ni memang power. Tengok pun suka. Engagement pun tinggi. Plus orang lebih senang nak membeli.

Well benda tu yang terjadi dekat saya.

Okay stop dekat sini. Saya nak share terus apa yang saya buat untuk anda pun boleh buat duit dengan Instagram.

Step Buat RM2k Sebulan Dengan Instagram

Step yang bakal saya ajar ni sebenarnye memang step yang saya sendiri buat untuk diri sendiri dan jugak client-client saya. Rugi tak follow. 

Apa yang saya nak share ni ada kaitan dengan cara post gambar, letak hashtag, cara pilih produk, cara untuk anda beriklan di Instagram, dan ayat copywriting yang anda patut gunakan di Instagram.

Cara Pilih Produk

Kalau anda sudah ada produk untuk di pasarkan takde masalah. Kalau takde, anda boleh ikut cara ni.

First sekali, cari produk yang ada sediakan platfom dropship.

Dropship ni mudah. Anda tidak perlu pegang produk. Anda hanya perlu promote produk tersebut dan pemilik produk tu sendiri yang akan buat kerja selebihnya seperti pos kepada customer anda tu.

Semudah itu.

Tapi ingat, platfom Instagram menggunakan gambar untuk mempromote. Jadi saya nasihatkan untuk pilih dropship yang boleh sediakan gambar yang cantik kepada anda.

Kalau dia tak boleh nak sediakan anda boleh abaikan je produk tu. Tak kesah la produk dia laku keras macam mana pun. Susah nak menjual kalau takde gambar lawa ni sebenarnya.

Boleh jual tapi susah.

Cara Post Gambar Di Instagram

Anda tak perlu nak post gambar 3 kali sehari. Saya sendiri hanya post gambar maximum sekali sehari.

Terlampau banyak gambar di post sehari pun tak jalan jugak. Tapi yang penting, setiap post gambar tu mesti bersebab. Tak boleh main taram post je. Kena ada flow.

Ada waktu anda kena menjual. Ada waktu anda kena tunjukkan kelebihan produk anda tanpa menjual. Ada waktu anda kena tunjukkan cara untuk membeli produk anda.

Serius. Kena ikut flow.

Setiap student saya memang saya akan ajar untuk planning selama 2-3 bulan tentang apa yang akan di post di Instagram.

Bukan post ikut sedap hati. Tu yang takde orang nak beli produk anda.

Text

Masa pun main peranan bila anda nak post gambar.

Saya pantang bila orang suruh post waktu peak hour. Secara tak sedar, orang-orang camni meningkatkan kadar kemalangan jalan raya.

Yelah. Open promosi waktu peak hour. Orang tenga drive sebok nak membeli. Silap hari bulan langgar orang lain.

Dosa tu anda yang tanggung. (marah dah ni..)

Kalau boleh promote waktu di mana pelanggan anda sedang selesa untuk membeli atau buat window shopping.

Tapi kena kenal pelanggan dulu. Kalau anda target orang yang bekerja awam, biasanya waktu yang sesuai adalah bila dia sedang berehat. Which is 12-2 petang.

Kalau target market anda adalah orang US, jangan la anda post waktu rehat di Malaysia. Kena ikut masa di US. Sebab di Malaysia siang, dekat US malam.

Senang cite, kenal pelanggan anda dulu macam mana. Jangan ikut sangat apa orang lain cakap. Sebab behavior pelanggan kita tak sama dengan orang lain punye.

Jelas?

Gunakan Hashtag di Instagram

Text

Hashtag ni sebenarnya nadi pemasaran Instagram. Tak sah kalau tak letak #hashtag.

Topik hashtag ni sebenarnya panjang kalau nak di bebelkan. Tapi saya explain yang penting jelah ye.

Kalau ikut mazhab hashtag saya, ada 4 jenis hashtag iaitu:

  1. Hashtag Branding
  2. Hashtag SEO
  3. Hashtag Folder
  4. Hashtag Contest

4 hashtag tu memang boleh bantu anda buat sale kaw-kaw dekat Instagram. Cuma cara penggunaannya semua tak sama.

Tapi yang penting, sila gunakan hashtag yang ada kaitan dengan produk & servis yang anda jalankan.

Bukan jual tudung tapi pergi letak hashtag #kasut. Nak kena lempang?

Anda boleh dapatkan idea tentang keyword hashtag ni dekat laman web websta.me. Google je. Jangan malas.

Copywriting Di Instagram

Takde istilah copywriting pun sebenarnya dalam Instagram ni.

Biasanya saya hanya akan letak benda yang ada kaitan dengan gambar tu. Macam story telling je. Boleh refer gambar di bawah.

Text

Masalah orang bila buat iklan ni adalah bila die terlalu menjual dan setiap post die nak menjual.

Anda kena tahu 1 benda.

Instagram ni tempat untuk orang bersosial. Bila anda asyik nak menjual je memang orang akan menyampah. Tu yang takde engagement dalam Instagram anda tu.

Engagement pun penting. Bila ada engagement dari pelanggan, baru la boleh nak tingkatkan credibility dan jugak trust.

Ini tak. Komen pun nak suroh robot yang buat. Apa pemalas benor tu.

Apa pun, ini cuma basic yang penting yang anda patut buat.

Tolong Jangan Buat Benda Ni

Antara benda yang bakal menyusahkan anda nak menjual di Instagram adalah bila anda buat perkara ni:

  • Follow orang. Lepas tu unfollow. (Ni namanya sakai..)
  • Post asyik menjual. Takde cerita benefit produk tu langsung.
  • Letak hashtag merapu.
  • Takde planning bila nak post gambar.
  • Takde branding untuk diri sendiri.
  • Terlampau berharap dekat Robot Instagram. (saya tak pernah minat guna robot Instagram melainkan ada schedule post gambar..)

Rasanya itu je yang saya nak share kali ni.

Lepas ni saya akan bagi content yang premium lagi dekat laman web ni.

Kalau anda ada soalan atau masih belum ada produk nak di jual di Instagram, boleh komen dekat bawah artikel ni. Saya ada la kenalan yang cari ejen dan produk diorang ni memang sangat senang nak dijual 🙂

 

Nak belajar lebih detail tentang Pemasaran Instagram?

Saya share habis dalam panduan Instagram kali ni. Anda berminat nak tahu lebih detail?

About the Author

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.