December 4, 2020

Sistem Ejen Cara Proven Tingkatkan Sales Yang Wajib Anda Tahu

Okay, sebelum saya cerita tentang formula cara proven untuk tingkatkan sales dengan sistem ejen (reseller), saya nak anda paham tentang sesuatu benda ni dulu.

Nak buat bisnes ni bukan senang.

Mungkin anda pernah tengok Founder-founder produk tu kaya raya dekat luar sana kan? Kebanyakan mereka memang menggunakan sistem ejen. Tapi kejayaan diorang tu bukan timbul dalam 1 malam.

Banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk memperoleh jualan yang tinggi. Dengar ayat 7 angka tu memang la best. Tapi tak semudah macam yang anda baca.

G-Series Video Panduan Marketing

Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan dalam sistem ejen ni.

Pro (Kelebihan)

  • Untung mudah
  • Cepat restock
  • Mudah untuk berkembang.

Cons (Kekurangan)

  • Ramai newbie
  • Ejen sendiri susah jual
  • Banyak kes buang harga

Realitinya, ramai yang give up untuk jadi ejen. Sebab tulah biasanya hanya 20% sahaja ejen yang aktif. So kalau anda ada 100 orang ejen, mungkin yang aktif cuma 20 orang sahaja.

Jadi dalam artikel kali ni, saya akan ceritakan formula sistem ejen untuk anda menjana jualan tinggi dengan sistem ejen.

Formula Proven Untuk Bina Sistem Ejen Yang Power

Formula Sistem Ejen

  • Pendaftaran Ejen

Benda paling basic bila anda nak bina sistem ejen adalah dengan merekrut ejen. Takde ejen macam mana nak buat sistem ejen kan? Logik akal.

Tapi jangan sesekali berikan pendaftaran secara percuma kepada ejen anda. Ikut pengalaman saya, memang ramai yang register tapi semua tak menjual. Hanya sekadar nak tahu cara kita beroperasi je.

End up, bazir masa je kita rekrut macam tu. Seeloknya anda caj sedikit untuk pendaftaran. Mungkin RM10-RM50.

Ada juga yang terus buat jualan kepada ejen untuk perdaftaran. Contoh bayar RM300 dan anda akan berikan ejen anda produk anda. So payment tu dah include dengan kos pendaftaran.

Setakat ini, ini adalah kaedah yang paling famous yang ramai orang buat. Dekat situ je anda dah boleh buat untung.



  • Sediakan Training / Latihan Untuk Ejen

Antara sebab ejen anda down dan lemah semangat adalah sebab mereka sendiri tak dapat nak menjual.

Cuba anda pikir logik. Kalau ejen anda sendiri buat profit RM100 sehari takkan la die nak slow down kan? So mestilah jualan die sendiri pun sendu.

So kita sebagai HQ, kena provide training dari segi cara jual, cara marketing, cara closing, dan mungkin sedikit training dari segi mental dan fizikal.

Anda boleh tengok contoh macam syarikat MLM yang power macam Shaklee, Herbalife, Coway dan lain-lain. Kesemuanya ada provide training hampir setiap minggu. Macam mana pula dengan anda?

 

  • Support Ejen Anda Sebaik Mungkin

Ramai founder yang saya tengok hanya membiarkan ejen di bawah mereka mati (sendu) dan tak ambil kesah tentag kos ejen mereka sendiri.

Sebagai contoh memberikan profit margin yang sedikit kepada ejen mereka. Ejen dapat 40% tapi syarikat ambil 60% profit.

Sepatutnya, secara logik akal, anda sebagai founder / HQ wajib memberikan profit margin yang lebih tinggi kepada ejen dari apa yang anda dapat sebab anda bermain VOLUME produk yang tinggi.

Dan SOP penjualan produk anda juga penting. Contoh paling mudah adalah harga jualan anda dengan harga yang ejen jual.

Sepatutnya, bila anda bermain dengan sistem ejen, anda sebagai HQ tidak patut menjual LANGSUNG. Ini adalah untuk support ejen-ejen anda supaya mereka boleh menjual.

G-Series Video Panduan Marketing

Tengok macam Cuckoo dan Coway. Anda company die jual sendiri? Tak. Ahli / Ejen yang kena menjual.

Tapi ada syarat sekiranya anda (HQ) nak menjual. Iaitu dengan menjual produk anda dengan harga yang lebih tinggi daripada apa yang ejen anda jual.

Sebagai contoh harga ejen jual adalah RM25. So HQ sendiri kalau nak jual kena jual dengan harga RM35. Barulah ramai customer anda akan beli dengan ejen anda berbanding beli dengan HQ.

Secara tak langsung, ejen anda boleh survive dan makin suka menjadi ejen anda.

Anda boleh tengok macam mana Adidas buat jualan. Mereka sendiri ada menjual. Tapi dekat Outlet Adidas sendiri, harga jauh lebih mahal berbanding dengan Outlet Distributor (seperti Al-Ikhsan, Sport Direct) yang menjual produk Adidas.

Paham?

  • Berikan Insentif (Reward) Kepada Top Performer

Nampak macam simple tapi benda ni dapat boost performance ejen anda KAW KAW.

Sebagai contoh, Top 3 dalam kalangan ejen anda, anda berikan RM1000 cash dalam bulan tu. Benda ni akan buat ejen-ejen yang lain berebut untuk dapatkan top performer disebabkan reward tu.

Selain cash reward, anda mungkin boleh berikan percutian percuma ke Bali (contoh) kepada ejen-ejen anda yang lain.

So apa yang jadi? Ejen-ejen anda akan hargai anda dan membuatkan mereka rasa seperti VIP kerana reward yang diberikan.

Sebab tu ada sesetengah syarikat mempunyai “follower tegar” yang sentiasa komited untuk hasilkan jualan produk anda.



Kalau anda nak belajar dengan lebih mendalam tentang Sistem Ejen ni, anda boleh klik link di bawah.

–> KLIK LINK DISINI

Apa yang anda kan pelajari adalah:

  • Struktur sistem ejen yang berkesan
  • Cara persediaan untuk team sales anda.
  • Pembahagian komisen untuk ejen
  • Lubuk mencari ejen yang berkualiti.
  • 5 Template Copywriting untuk rekrut ejen.
  • SOP pendaftaran ejen.
  • SOP ambil tempahan produk.
  • Action plan & cara meletakkan target.
  • Dan banyak lagi…

Anda hanya ulang dan ulang step di atas. Penting untuk anda pastikan ejen (reseller) anda sentiasa bersemangat. Ini akan bagi pulangan yang tinggi dekat anda. 

Selebihnya anda hanya perlu buat marketing bagi pihak mereka dengan educate customer tentang produk anda dan kenalkan produk anda di merata tempat.

Bila orang kenal produk anda, tak susah untuk ejen anda buat jualan.

Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Saya harap ia membantu anda untuk bina sistem ejen yang lebih baik.

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

 

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. betui bos..ada produk lingkup sebab hq tak tegas bila ada ejen yang start buang harga.

    hq buat duit, sebab dapat tolak produk dengan mudah kepada ejen.

    tapi hakikatnya produk tak sampai pun kepada pengguna..banyak yang terperam bawah katil ejen atau buat sendal pintul 😀

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kelas pemasaran

Kelas Instagram For Noobies

Kelas Google Ads Mastery

Kelas Bina Website Wordpress

Kelas E-Commerce Mastery

Kelas SEO (Google)

SERVIS & PRODUK

Panduan G-Series

Servis Pengiklanan FB & IG

Servis Google Ads

Servis Pembinaan Website

Servis SEO (Google)

HUBUNGI SAYA

28-1, Jalan PUJ 3/7, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, 43300, Malaysia

+6012-612 3203

admin@aulisuwais.com

LAMAN SOSIAL

Hakcipta Terpelihara © 2024 Aulis Uwais, Meetcyberjob Network (002499146-V)