Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Betul ke?

Text

Okay. Nama saya Aulis Uwais Bin Ahmad Suhaimi. Anak ke – 4 dari 6 orang adik beradik dan berasal daripada Bandar Baru Bangi.Saya dah agak lama menceburi dalam bahagian pemasaran online ni tapi masa dulu sesat sikit. Itu 3 tahun lepas punya cerita.

Kini saya banyak menghabiskan masa untuk mengkaji teknik pemasaran yang berkesan tidak kira menggunakan platfom facebook, instagram ataupun website. Tetapi sekarang saya akan fokuskan kepada…Instagram.

“Instagram Sebagai Platfom Marketing”

Ramai yang menjual di Instagram tapi masih tak tahu cara yang betul. Sejak pertengahan tahun 2015, saya giat membantu mereka yang menggunakan platfom Instagram untuk meluaskan lagi bisnes mereka.Tidak kira melalui rakaman video, whatsapp dan juga personal coaching.

 Alhamdulillah, setakat ini saya telah membantu lebih 100+ orang usahawan dalam mengembangkan bisnes mereka dengan menggunakan laman sosial iaitu Instagram.

Sekiranya ada pertanyaan berkaitan Instagram, anda boleh terus bertanya kepada saya soalan melalui ruangan Hubungi Saya. Anda boleh terus melawati website saya ini untuk peroleh info-info terbaru berkaitan dengan pemasaran instagram.