Pembelian Style Ecommerce di Instagram

aulisuwaisInstagram Comments

Betul ke Instagram nak lancarkan ecommerce style di Instagram?

Ye! Selepas ini customer anda hanya perlu tekan klik sahaja untuk shopping di Instagram anda!

Shopping di Instagram

Instagram baru sahaja mengumumkan tentang update terbaru ini beberapa hari yang lepas. Sudah pasti update ini akan lambar sampai di Malaysia.

Memang tak dinafikan lagi kuasa pembeli melalui telefon mudah alih adalah yang paling kuat sekali. Hampir semua orang kini hanya shopping di hujung jari sahaja.

instagram-shopping

Sumber daripada Instagram For Business.

Jadi Instagram telah mula membuat kemudahan seperti Ecommerce di Instagram untuk pengguna yang ingin terus membeli dengan anda melalui Instagram.

Lihat contoh di video bawah ini:

Sumber dari Warber Parker dan Instagram for Business.

Anda tidak perlu penat melayan customer lagi kerana kemudahan ini memudahkan customer anda untuk membeli terus dengan anda. Anda hanya perlu upload gambar dan setup cara pembelian tersebut.

Walau bagaimanapun, update terbaru ini masih dalam kajian dan mungkin tidak berapa sesuai dengan segelintir peniaga di Instagram.

Info ini bermanfaat untuk anda? Share dan komen di bawah tentang pandangan anda berkenaan dengan update terbaru ini.

 

Tentang Penulis

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.