Cara Mula Bisnes Di Instagram

aulisuwaisInstagramLeave a Comment

Ramai peniaga online di luar sana sedang beralih ke laman sosial instagram. Nak tahu kenapa?

Tapi sebelum tu biar saya kenalkan apa itu INSTAGRAM..

Instagram merupakan sebuah laman sosial untuk berkongsi gambar, video dan juga sosial networking servis menerusi smartphone untuk berkongsi sesuatu perkara seperti facebook, twitter, tumblr dan juga Flikr.

Contoh Instagram interface.

instagram-interface

Jadi kenapa ramai peniaga online beralih ke Instagram?

Penggunaan laman sosial untuk bisnes seperti facebook mempunyai jumlah peniaga yang terlalu ramai.

Dengan jumlah peniaga yang ramai membuatkan saingan terlalu tinggi bagi peniaga yang baru memulakan bisnes online.

Servis facebook ads pula makin mahal berbanding dulu.

Jadi jangan terkejut kalau peniaga online sekarang beralih ke Instagram.

Cara Memulakan Bisnes di Instagram

Sebelum anda memulakan bisnes anda, pastikan anda tahu tentang audience yang ada di dalam instagram.

Kebanyakan daripada pengguna instagram adalah dalam lingkungan 18-35 tahun. Jadi kalau nak jual sesuatu produk tu mestilah bersesuaian dengan audience kita.

Jangan la jual ubat kuat pulak sebab mana ada orang muda nak benda alah tu. Fikir logik. Lihat sama ada produk yang anda jual sesuai atau tidak di Instagram ni. Berikut adalah cara memulakan bisnes di instagram :

Langkah Pertama. Username atau Nama Kedai

Perkara pertama sekali sebelum tahu cara memulakan bisnes di instagram adalah buka akaun instagram. Mesti la kena ada akaun. Kalau tak macam mana nak berniaga.

Okay. Disini part yang penting. Semasa mendaftar username anda, pastikan anda tidak memilih nama yang terlalu panjang. Ia akan menjadi identiti anda di dalam Instagram ini.

Pilih nama yang  dan mudah diingat.

Contoh:

Bagus :@krimpemutih

Tak Bagus : @krim.pemutih.murah_dan.berkesan

Penggunaan username yang pendek dan mudah diingat memudahkan pelanggan untuk anda.

Saya highly recommend anda menggunakan nama brand anda kerana instagram dapat mewujudkan impak yang besar terhadap branding produk anda. Ia memudahkan teknik pemasaran dalam instagram.

contoh-username-instagram

Langkah Kedua. Bios dan Link

Bio ni boleh letak apa-apa je cuma anda tak boleh letak ayat promosi. Kalau tak nanti pihak Instagram akan menutup akaun anda. Itu adalah salah satu syarat yang dikenakan oleh Instagram.

Anda boleh memperkenalkan diri anda di bio atau boleh letakkan CTA / Call to Action. Ikut bersesuaian dengan tujuan anda membuka akaun instagram.

Lagi part penting. Di bawah bio ada tempat di mana anda boleh letakkan link. Ia adalah satu-satunya tempat di dalam instagram yang anda boleh letak link anda.

Jadi pikirkan dengan baik tentang link yang perlu diletakkan di situ. Anda boleh letak link facebook page, blogspot ataupun laman web anda sendiri.

Adakah cara ini cukup untuk berniaga di Instagram??

Semestinya tidak. Terdapat banyak teknik pemasaran instagram yang saya ingin bongkarkan tetapi cukuplah sampai disini.

Saya akan update dari semasa ke semasa tentang teknik pemasaran instagram.

Jangan lupa untuk ikuti blog yang seterusnya.

 

Tentang Penulis

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.