November 18, 2020

Cara Buat Duit Dengan Dropship Mudah

G-Series Video Panduan Marketing

Saya rasa semua orang nak tahu cara buat duit dengan dropship. Lebih-lebih lagi kalau anda dapat jual produk tu dalam USD.

Untung banyak ok. Bukan sikit-sikit. Tak main sikit-sikit ni. Nak banyak buat duit kenalah dapatkan untung yang tinggi.

Jadi dalam artikel ini, saya akan terangkan cara untuk anda buat duit dengan dropship.

Apa Itu Dropship?

Saya beritahu dalam bahasa mudah jelah ye.

Anda jual produk orang. Promote sendiri produk tu. Lepas ada orang buat pembelian dengan anda, anda akan terus contact supplier untuk kirimkan barang tersebut direct terus ke customer anda.

Cara Buat Duit Dengan Dropship 1

Bermaksud anda tak perlu pegang produk tu pun kalau gunakan sistem dropship ni. Mudah kan?

Yang menarik tentang dropship ni, anda tak perlu nak keluar kos tinggi untuk menghasilkan produk sendiri & dan anda tak perlu nak susah-susah pergi poslaju.

Kesemuanya akan di handle oleh supplier anda.

Tapi nak buat dropship sebenarnya tak semudah yang disangkakan.

Kajian & Pemilihan Produk

Sebelum boleh menjual, anda perlu ada produk dulu. Baru boleh menjual.

Takde produk lagi macam mana nak jual kan? Dan ini adalah topik paling penting. Kalau pilih produk yang takde demand, memang takkan ke mana pun.



 

Anda sememangnya wajib untuk kaji & belajar dahulu tentang strategi tentang sesuatu niche tu.

Untuk tahu tentang demand produk, anda boleh check di forum-forum atau website ecommerce seperti Lazada, Mudah.my, dan lain-lain.

Pemilihan produk yang betul mampu membantu anda untuk buat jualan yang berterusan setiap hari & setiap masa.

Sebagai contoh produk barangan bayi.

Nampak macam takde demand kan? Tapi produk barangan bayi memang hangat sangat.

Mengikut kajian, lebih daripada 500ribu bayi lahir setiap tahun di Malaysia dan semakin meningkat. Ini menunjuk market untuk barangan bayi ni tinggi.

Persaingan takde lah tinggi pun. Mak-mak kat luar sana tu pulak tak kesah barang mahal janji dia dapat benda yang terbaik untuk anak diorang.

Ini contoh je. Banyak je market lain yang ok. Kenalah rajin buat research sikit.



Antara ciri-ciri produk dropship yang hot & berpotensi adalah:

  • Ada pesaing
  • Susah nak cari dekat kedai biasa
  • Ada buat marketing berbayar
  • Menyelesaikan sesuatu masalah
  • Mempunyai Wow Factor (Unik)
  • Ada passionate Audience
  • Tak complicated & senang untuk orang faham
  • Ada peluang untuk Mark Up
  • Mempunyai supplier yang reliable

Dapat ciri-ciri macam yang saya mention dekat atas, produk tu Insya Allah padu.

Cara Buat Duit Dengan Dropship

Saya harap anda dah faham apa itu dropship dan bagaimana produk itu mempengaruhi kejayaan anda memulakan bisnes dropship.

Jadi antara cara yang saya suggest untuk anda gunakan adalah:

Gunakan Google Trends

Google Trend Cari Barang Dropship

Google Trends adalah satu kaedah untuk anda tahu tentang geografik sesuatu niche.

Kalau anda tengok gambar di atas, orang yang mencari tentang barangan bayi adalah di Selangor dan juga Johor. Jadi sekarang anda tahu di mana prospek anda berada.

Hanya gunakan Google Trends dan search produk tu. Anda akan dapat data seperti di atas.

G-Series Video Panduan Marketing

Proses Validation

Proses validation ni adalah satu proses yang wajib bagi saya sebab benda ni yang akan menentukan produk yang kita pilih tu senang jual atau tidak.

Kalau taknak duit terbakar masa nak mula jual produk, memang wajib validate. 

Validate ni macam nak check produk yang kita jual tu ada orang nak atau tak.

Nak validate ni kat mana-mana pun boleh. Tapi yang saya selalu buat adalah di Facebook.

Contoh ayat validate, “Hai, kat sini ade ibu-ibu yang anak dia susah nak makan tak? Saya ada makanan bayi yang memang bayi ni takkan tolak punya lah makanan tu. Ada yang nak cuba? Cer komen sikit dekat bawah.”

Tu adalah contoh kalau saya jual makanan bayi.

Dalam proses ni, kalau ramai yang pm anda atau komen di post anda bermaksud memang ramai orang yang ada masalah tu dan ramai orang mencari jalan penyelesaian.



Supplier

Dah tau apa jenis produk yang anda nak jual, kenalah cari supplier pulak.

Ini adalah list supplier yang menyediakan dropship program.

Check setiap list di atas. Jangan check satu je. Pilih mana yang berikan servis yang bagus dan produk yang best.

Mula Menjual

Sekarang anda boleh mula menjual.

Tapi pilih platfom mana yang anda ingin mulakan dahulu. Kalau anda tiada bajet duit langsung, anda boleh mula terus menjual di media sosial seperti Facebook & Instagram.

Kalau anda ada bajet duit yang lebih, saya sangat-sangat suggest untuk anda menjual dengan menggunakan website anda sendiri. Ianya lebih nampak pro dan mudah.

Untuk pemilihan website ecommerce, anda boleh tahu lebih lanjut di sini –>> KLIK SINI

Website sebenarnya terdapat fungsi-fungsi yang sangat bagus untuk memudahkan kita buat jualan yang tinggi.

Jangan risau, sekarang ni nak buat website mudah je. Tak perlu tahu coding pun.

Tapi kalau anda serius nak belajar tentang Dropship & Ecommerce, anda boleh direct tengok website Dropship Kartel. Dalam ni banyak sangat info tentang dropship & juga Ecommerce. Rugi kalau anda tak tengok.

Ini adalah contoh video dari Dropship Kartel yang anda boleh belajar.

Nak buat duit dengan dropship ni takde susah sebenarnya. Kena cepat mula sahaja.

Rasanya itu sahaja perkongsian dari saya. Saya akan tambah lagi tips-tips yang lebih berguna akan datang. 

Kalau anda ada soalan berkaitan dropship, boleh terus komen di bawah ya. Cheers!



Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

 

 

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. assalamualaikum. kalau saya buat validation , tapi macam krik 2 je macammana ya? and macammana nak majukan bisnes yang mmg demand tapi byk persaingan? macam baju raya? terima kasih..

    1. Waalaikumussalam.

      Kalau produk demand tinggi tapi bila buat validation krik krik tu sebab salah cara validate. Mungkin dari segi ayat salah atau tempat pertanyaan untuk validate tu yang salah.

      Nak majukan bisnes untuk fashion pula kena tahu tentang trend-trend terkini. Orang taknak pakai dah design yang kuno. Benda ni kena buat market research tentang pattern atau layout design baju terkini.

      Dan of koz kena planning strategi dengan betul untuk musim perayaan. Just kena ingat. Nak lawan pesaing kena kukuhkan brand. Kalau brand baru nak mula susah sedikit.

      Orang lain yang dah buat jualan jutaan ringgit tu semua dah start 3-4 tahun yang lepas.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kelas pemasaran

Kelas Instagram For Noobies

Kelas Google Ads Mastery

Kelas Bina Website Wordpress

Kelas E-Commerce Mastery

Kelas SEO (Google)

SERVIS & PRODUK

Panduan G-Series

Servis Pengiklanan FB & IG

Servis Google Ads

Servis Pembinaan Website

Servis SEO (Google)

HUBUNGI SAYA

28-1, Jalan PUJ 3/7, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, 43300, Malaysia

+6012-612 3203

admin@aulisuwais.com

LAMAN SOSIAL

Hakcipta Terpelihara © 2024 Aulis Uwais, Meetcyberjob Network (002499146-V)