Cara Lawan Hacker Di Instagram

aulisuwaisInstagramLeave a Comment

Cara Lawan Hacker Di Instagram

Apa itu hacker?

Rasanya ramai dah tau apa itu hacker. Senang cerita hacker ni orang yang boleh godam sesuatu sistem di internet. Tu cuma ayat ringkas jelah.

Baru-baru ni kita digemparkan bahawa ramai akaun instagram yang mempunyai beribu follower telah di “HACK” dan mereka ini telah kehilangan akaun instagram mereka.

Bahayanya Hacker

Untuk pengetahuan anda, hacker ni kalau dia nak hack memang dia akan dapat hack jugak akaun instagram kita. Bukan akaun instagram je, tapi akaun fb, twitter dan lain-lain lagi.

Mereka ni nak hack akaun Bank anda pun boleh!

Tapi ada caranya untuk tingkatkan lagi security akaun instagram kita kalau anda mahu.

Two-Factor Of Authentication

 

instagram-two-factor-authentication-gambar

 

Two-factor Authentication ini boleh didapati pada setting akaun instagram anda.

Alat ini membolehkan pengguna Instagram untuk mengesahkan akaun anda melalui nombor telefon mereka.

Senang nak di kata sesiapa yang cuba login masuk akaun instagram anda dengan emel dan kata laluan anda, mereka memerlukan pengesahan tersebut melalui no telefon anda. Ianya adalah SMS KOD.

 

instagram-two-factor-authentication

 

Ini bermakna penggodam atau hacker yang jahat ini, (haha) memerlukan lebih daripada emel dan kata laluan (password) anda untuk mencuri akaun instagram anda.

Buat masa ini semasa artikal ini ditulis, masih banyak lagi akaun instagram yang masih tidak mempunyai fungsi ini. Jadi saya harap anda bersabar.

Kalau dah ada nanti mungkin anda perlu buat cepat-cepat supaya akaun anda selamat daripada orang jahat ini. Sekian.

 

Tentang Penulis

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.