Cara Gunakan Hashtag di Instagram

aulisuwaisInstagram1 Comment

Cara Gunakan Hashtag di Instagram

APA TU #HASHTAG?

Simbol (#) ataupun lebih dikenali sebagai hashtag bertujuan untuk memperluaskan pencarian di ruangan “search” pada Explore Tab di Instagram.

 

explore-tab-instagram

 

Kegunaan Hashtag

#Hashtag mampu meluaskan pencarian kepada pengguna Instagram yang lain untuk bertemu anda mengikut perkataan hashtag yang anda letakkan.

Cara menggunakannya adalah letak hashtag anda di bahagian caption/comment semasa anda upload gambar anda di Instagram. Pengunaannya amat mudah tetapi ramai juga yang melakukan kesilapan semasa meletakkan hashtag.

Contoh tulis hashtag

#instagrammarketing #aulisuwais #sangatbaik #dahtaksingle #istericomel

 

cara-letak-hashtag-instagram

Gambar di atas adalah contoh #hashtag di ruangan comment/caption.

Letak #Hashtag

Cara letakkan hashtag adalah dengan meletakkan simbol (#) terlebih dahulu sebelum letak ayat. Contoh dah di bagi dekat atas tu ye.

Hashtag boleh digunakan kepada Huruf dan juga Nombor. Tetapi hashtag tidak akan berkesan jika anda meletakkan simbol seperti *&^%$#@!. Ingat tentang ni. Jangan lakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

Di Instagram, anda boleh letakkan maximum sebanyak 30 hashtag di ruangan caption/comment anda. Lebih dari itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Lebih banyak anda letak hashtag, lebih luas dan tinggi engagement anda tetapi anda tak perlu letakkan 30 hashtag kerana ianya nampak seperti terlampau desperate. Letak 2-3 hashtag yang relevan sahaja sudah mencukupi.

Jenis #Hashtag

Jika anda pernah belajar bersama saya, anda pasti sudah tahu.

Dalam pengajaran saya, terdapat 4 jenis fungsi hashtag yang ada iaitu:

  1. Hashtag SEO
  2. Hashtag Folder
  3. Hashtag Branding
  4. Hashtag Contest

HASHTAG SEO adalah untuk meluaskan pencarian anda. Maksud saya, jika anda menjual tudung di Instagram, anda digalakkan untuk menggunakan hashtag #tudung kerana setiap orang yang search perkataan #tudung akan nampak post anda tu nanti.

HASHTAG FOLDER adalah untuk anda buat folder. Sekiranya anda ada bermacam-macam jenis produk dan juga jenis yang berlainan, anda boleh gunakan HASHTAG FOLDER ini untuk mengasingkan produk / servis anda.

Ini akan memudahkan lagi pelanggan untuk membuat pilihan untuk membeli produk / servis yang mereka mahukan.

HASHTAG BRANDING adalah hashtag untuk menonjolkan lagi bisnes anda di Instagram mahupun dunia online. Hashtag Branding ini haruslah anda seorang sahaja yang menggunakan kerana apabila mereka klik hashtag tersebut, mereka pasti menjumpai akaun instagram anda.

HASHTAG CONTEST selalu digunakan apabila anda ingin membuat promosi atau giveaway salah satu produk anda di Instagram. Teknik ini akan memastikan mereka bercakap tentang produk anda dan akan membuatkan mereka KENAL dengan bisnes anda.

Komen di bawah sekiranya anda rasa ia bermanfaat untuk anda 🙂

 

Tentang Penulis

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.