Cara Elak Akaun Instagram Daripada Diceroboh

aulisuwaisInstagram14 Comments

Soalan paling ramai orang tanya saya selain daripada naikkan follower atau nak tingkatkan sales ni adalah “Macam mana nak elakkan akaun Instagram saya daripada kena hack?”

Well selalunya yang datang tanya dekat saya biasanya bila akaun diorang dah kena hack.

So macam mana nak dapatkan balik akaun tu?

Dalam artikel ni saya akan explain dekat anda segala benda yang saya tau pasal cara nak elak akaun Instagram anda daripada diceroboh oleh pihak-pihak yang takde keje.

Text

Biasanya orang yang hack ni adalah orang yang dengki ataupun dia nak buat duit cepat. Dengan lain cerita malas lah. Tapi apa pun saya takde nak kutuk orang yang hack tu pun.

Saya nak share tentang cara nak elakkan, atau memperkuatkan sekuriti akaun Instagram anda.

MANA NAK TAHU KALAU INSTAGRAM ANDA DAH DICEROBOH?

Simple je.

Kalau anda login pun tak dapat memang sure dah kena hack la tu. Kalau lupa password tu lain cerita.

Selain daripada tu, anda akan perasan kalau ada “comment” atau “post” gambar yang terpost dengan sedirinya tanpa anda yang buat.

Tu memang keje orang yang dah hack anda lah.

CARA ELAK AKAUN INSTAGRAM DARIPADA HACKER

Okay. Part ni anda memang wajib baca. Sebab ni adalah punca kepada segala masalah.

Biasanya akaun Instagram kena hack ni sebab anda sendiri yang bagi akaun anda di hack. Meh sini saya explain.

Anda tidak sepatutnya berikan akses username & password kepada third-party punya website ataupun apps di android & ios yang tidak mematuhi komuniti Instagram sendiri atau cara penggunaan yang telah ditetapkan oleh pihak Instagram.

Maksud bagi akses dekat sini adalah bila anda pergi beli follower atau likes ataupun guna robot Instagram oleh pihak 3rd party ni. 

Text

Bukan apa.

Kadang-kadang pihak ini tidak menjaga peribadi anda.

Untuk diorang buat duit dengan lebih mudah, diorang pergi jual akses yang diberikan tu dekat orang lain pulak.

Benda ni dah banyak kali jadi.

So elakkan lah guna daripada buat benda-benda pelik tu. Bukan bagus pun kalau anda guna.

Takda faedah. Buat habis duit je. 

APA NAK BUAT KALAU DAH PERASAN KENA HACK?

Kalau akaun anda ada tinggalkan “comment” atau “post” gambar yang memang bukan anda post, bermaksud password anda dah ada orang yang tahu.

Jadi untuk langkah berjaga-jaga:

Kalau anda masih boleh login akaun Instagram anda, anda wajib buka two-factor authentication di setting untuk penambahan sekuriti di Instagram.

Tapi..

Kalau anda tak dapat nak login masuk ke akaun Instagram anda, anda boleh ikut langkah ini.

  1. Buka Instagram di smartphone anda.
  2. Dalam laman login tu, tekan “Get help signing in” di bawah butang “login“.
  3. Untuk option lebih:
  • Untuk android:
  1. Tekan “Use Username atau Email“, dan masukkan username atau email anda. Kalau username pun tak tahu apa boleh KLIK SINI.
  2. Kemudian tekan “Dont have access to any of these?”. Lepas tu follow je apa intruction yang ada dekat situ. 

Kalau anda rasa username dengan email anda telah ditukar oleh hacker tu, anda boleh ulang semula step di atas.

  • Untuk iOS:
  1. Masukkan username dan email anda. Kalau username pun tak tahu apa boleh KLIK SINI.
  2. Kemudian tekan “Other issues?” di bawah Send Login Link. Lepas tu follow je intruction yang dia bagi.

Macam biasa, kalau anda rasa username dengan email anda telah ditukar oleh hacker tu, anda boleh ulang semula step di atas.

TAK TAHU NAK CARI AKAUN YANG DAH DIUBAH?

Text

“Saya tak tahu lah macam nak cari akaun lama saya sebab orang tu dah ubah username dan yang lain-lain”.

Well kalau anda tak dapat nak cari akaun Instagram anda tu balik, anda boleh follow step di bawah.

Kalau dah masukkan username:

  • Pastikan anda sudah masukkan nama username anda dengan ejaan yang betul tanpa salah sikit pun. Lebih-lebih lagi kalau ada ejaan yang berulang.
  • Tak perlu letak simbol @ semasa masukkan nama username anda.

Kalau si hacker dah tukar username:

  • Sila check email anda jika ada dapat email daripada Instagram yang mengatakan informasi anda telah ditukar.
  • Tanya kawan untuk masuk ke dalam profile Instagram anda untuk dapatkan nama username yang dah ditukar tu.

Kalau dah tau username tu apa, boleh follow balik step yang saya tulis dekat atas atas tu.

Saya harap perkongsian saya ni dapat membantu mereka yang telah hilang akaun Instagram diorang disebabkan oleh manusia-manusia yang takde keje nih.

Kot-kot lah ada soalan nak ditanya, boleh terus komen di bawah ni sekarang juga!

14 Comments on “Cara Elak Akaun Instagram Daripada Diceroboh”

  1. Akaun ig sya kena hack,,dy dh tukar semua bnda no fon,email,username dy dh tukar,,so mcm mna nk dptkn blik yea?masih ada peluang kea?

  2. saya pnye ig x bleh nk buka secara tibe2…saya dh tnye kwn saya dia kate ” ig saya kosong” saya suruh adik saya cari acc saya dia pon kate x de…yg ade ig yg hampir sama nama dgn saya gmbr,pass,nama,follower saya…sume kosong..

  3. I bila bukk my instagram msti loading lmbt i dah try updte tpi still cannot..lpas tu i try unistall blik n install lpas tu instgrm lma i trus hilng…

  4. Kalau email, Pasword and dp saya kena hack by someone.. I mean dia tukar semua, so. Saya langsung tak dapat log in, i check kat email tak ada nampak kena tukar.. Please help me to get back my account in the instagram. TQ

  5. IG i kena hack.dia send msg minta fon num and send msg kat fon kwn i minta pin code.kawan i call bagith yg ig i kena hack.slps tu i tukar username dan password i.skrg macan mana i nak tahu yang acc i save or no after i change my username n password

    1. Mana2 platform pun tak pernah safe sebenarnya. Kalau hacker tu nak hack akaun tu, memang dia akan dapat hack. Benda ni issue dekat pihak IG sendiri. Diorang yang patut menguatkan security tu.

      But dont worry. As long as u tak guna mana2 platfrom untuk intergrate dengan IG u (kecuali Facebook) then sepatutnya akaun u selamat. Most cases kena hack sebab die guna third-parrty app untuk tambahkan follower, robot ig dan sebagainya.

      Plus, kalau dah buat two factor authentification tu dah cukup selamat dah biasanya.

  6. Hye.. apa nk buat kalau email signed up ig kita dh tak boleh access and number fon signed up ig pun dh tak guna.. Mcmmne nk dpt balik acc ig saya..? Help please..

  7. Hye, saya dah buat two factor authentification tu. So that means ig i selamat dari kena hack kan?? Ig i tak kena hack pun cuma i buat untuk lebih security.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *