June 3, 2017

Adakah anda menggunakan Instagram For Business?

Pernah tak gunakan Instagram ads?

Kalau dah tahniah. Kalau belum pun tahniah. Sebab saya tak tahu nak mulakan artikel ni macam mana. Haha.

Apa pun dalam artikel ni anda akan belajar cara untuk buat Instagram ads dengan lebih berkesan & efektif.

Tapi sebelum tu, saya nak mintak anda kosongkan minda anda dan jangan dengar sangat apa orang kat luar sana tu cakap.

Sebab ada beberapa orang yang kata Instagram ads ni tak bagus. Tak berkesan.

Well tu die cakap sebab tak pandai buat. So tak perlu nak influence orang sangat. Saya sendiri guna ok je. Power siap. Oh well, it’s me 😛

Okay. Abaikan perangai buruk saya tadi. Kita fokus dekat topik asal. Ok?

Apa Itu Instagram Ads?

Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi baca jelah ye.

Ads atau dengan nama panjang die adalah advertising. Bermaksud pengiklanan. Senang cite pengiklanan di Instagram.

Jadi tujuan Instagram ads ni adalah untuk tunjukkan iklan atau promosi bisnes anda ke orang yang mungkin berminat dengan servis atau produk anda.

Dekat bawah ni adalah contoh gambar Instagram ads. Mungkin anda pernah nampak bila main Instagram. Dia ada tulis “sponsored” dekat atas belah kanan tu.

[image type=”thumbnail” src=”” alt=”Text”]

Instagram ads ni berbayar. Bukannya free. Anda akan bayar dekat pihak Facebook sebab Instagram ni diorang yang punye.

Marketing Percuma & Berbayar

Apa bagusnya marketing percuma dan berbayar ni?

Bila suruh dipilih, of coz ramai yang akan pilih method yang free. Yelah, sapa tak suka dengan percuma kan?

Tapi bila anda gunakan method percuma ni, anda akan lambat bergerak. Lambat buat sales. Lambat orang kenal bisnes anda. Dan yang paling stress, duit pun lambat masuk.

Tapi saya tak kata method free ni tak bagus langsung. Kalau kena cara dan flow, memang boleh letup. Tapi payah.

Method berbayar ni pulak lebih mudah.

Post je gambar, buat iklan. Berdesup orang PM PM. Saya pun tak tahu kenapa diorang nak sangat Perdana Menteri kita tu. Sebab dalam Instagram ni patut diorang cakap DM as in “Direct Message”. Haha.

Tu saya main-main je. Nak PM ke nak DM ke suka hati lah. Janji diorang tu nak beli produk / servis kita.

Cara Buat Instagram Ads

Disebabkan saya penat menjawap pertanyaan orang tentang cara nak buat Instagram ads ni, jadi saya hadiahkan video step by step cara untuk anda buat Instagram ads nih.

Video ni berdurasi selama 27 minit & 41 saat. Lama sebab banyak input penting yang saya share dalam video ni. So layankan lah video ni ye. Kalau boring pun layan jugak. Nak belajar buat duit kan? So tengok jelah. Orang dah bagi free ni.

Boleh klik “Play” terus dekat video bawah ni.

Video ni sebenarnya adalah sebahagian daripada Video Panduan Gerilla Instagram yang saya buat. Kalau minat nak dapatkan video ni yang selebihnya boleh terus KLIK SINI.

Harap-harap hadiah yang tak seberapa ni boleh bantu anda jana duit dengan lebih banyak lagi akan datang.

Ops kejap..

Saya lupa nak share dengan anda.

Biasanya bila nak buat ads ni ada setting-setting yang penting anda kena tahu. Terutamanya “interest“.

Interest di setting ads merupakan cara untuk anda set dekat siapa yang akan nampak iklan anda tu.

Penting untuk anda tahu supaya tak membazir / terbakar duit iklan anda tu nanti.

Anda rasa artikel kali ni membantu anda? Share link artikel ni dekat kawan-kawan anda juga ya!

Kalau anda pertanyaan boleh je komen dekat bawah ni. Cheers!

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

[author title=”Tentang Penulis”]

About the author 

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Leave a Reply
Mohd subhi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. Salam. Saya dah berniaga dalam setahun tapi on off sebab kerja. Tapi sekarang saya nak fokus untuk berniaga. Saya nak tahu, cara terbaik untuk berniaga pakaian better guna Fb @ Instagram. Thank you!

    1. Wassalam, both okay. But then tengok dengan target market. Saya bagi contoh.

      Kalau pakaian jenis old school, mungkin ramai orang yang berusia yang minat dengan pakaian puan. So kalau orang berusia ni, jarang ada dekat Instagram. Biasanya diorang akan ada dekat Facebook.

      Kalau kita tengok percentage orang yang main Instagram semua adalah berumur dalam linkungan 12-30 tahun. Yang saya sebut ni yang active lah.

      So nak tau mana better (IG & FB), kena lah buat research sikit. Itu je pandangan yang saya boleh bagi. Harap membantu. 🙂

  2. hi assalammualaikum. saya nak tanya , saya nak purchase one of the reference video untuk instagram. kat mana nak isi details yang lebih lengkap seperti alamat semua ? sebab kalau tengok kat sini hanya nama shj .terima kasih .

  3. Salam . Macam mana nak iklankan service di instagram? Bagaimana cara dan syaraylt untuk buat iklan berkaitan peekhidmatan. Terima kasih

    1. Wassalam.

      Yang tuan maksudkan dengan iklan ni guna iklan berbayar Instagram ke?

      Kalau betul apa yang saya faham, tuan boleh mulakan dengan beritahu apa jenis dan proses perkhidmatan tuan.

      Kalau produk, biasanya kita akan tekankan kelebihan produk dan beritahu macam mana produk kita boleh selesaikan masalah dia.

      Sama juga dengan servis. Instead of mention pasal produk, kita just mention tentang servis yang kita provide.

  4. Hi..boleh sy tahu kalau instagram ads ni berbayar tu macam mana ye?? Dia ad yuran2 dia ke yg kne bayar untuk iklan kan produk kite? Maaf sy xthu sgt

    1. Instagram ads punya bayaran base on berapa banyak yang kita spend. Contoh kita dah set untuk run ads RM10 sehari, die akan guna RM10 je sehari. Klau ads tu di biarkan untuk sebulan, die akan jadi RM10 x 30 = RM300 sebulan.

      Takde yuran. Bayar berapa yang kita dah setkan.

  5. Salam tuan Aulis, bagaimana untuk saya menghubungi pihak fb kerana iklan sy telah disekat disebabkan pertukaran no kad Maybank yg baru. Sy dah banyak kali utk cuba masukkan no pin yg baru tetapi tidak berjaya?

    1. #1 – Pergi ke link ni >> fb.com/business/form/chat

      Ini adalah link rahsia untuk LIVE chat dengan staf Facebook.

      Isi lah nama, emel, ads account & pilih yang berkaitan dengan billing and payment

      #2 – Tekan ‘start chat’ untuk mula berbual dengan staf Facebook.

  6. Salam boss.
    Saya berjaya publish ig ads based on fb cara yg tuan ajar.

    Cuma sy curious, bila kita publish dari fb, kat profile ig kita mmg takda
    keluar new post tu kan???

    Sebab selepas sy berjaya post, mmg dpt new notification yg org like ig ads sy tu. Tapi tak da pulak new post tu dlm ig?

  7. Salam boss.
    Saya berjaya publish ig ads based on fb cara yg tuan ajar.

    Cuma sy curious, bila kita publish dari fb, kat profile ig kita mmg takda
    keluar new post tu kan???

    Sebab selepas sy berjaya post, mmg dpt new notification yg org like ig ads sy tu.

  8. Assalamualaikum dik..
    nk tanya ada wat class x bg sesiapa yg berminat nk belajar buat iklan di IG..turunkan lah ilmu yg adik pelajari tu utk kami yg berminat ni..mcm kelas sifufbads tu ramai bebeno orgnya dlm 1 dewan bar mcm susah je nk pickup cpt uhuhu..
    @ klu xblh wat kelas apakata adik bukak 1 company senang utk kami g buat iklan kt company adik …

  9. salam tuan .. saya da buat ads kat ig gune kad bank .. tapi duit tak tolak pon .. macam mana nak tahu iklan kita tu dah bayar sebenarnya ? saya tak paham cara pembayaran tu mcm mana dia tolak dari account bank kita ? boleh jelaskan tak ?

    1. Wassalam.
      Iklan guna kad bank biasanya takkan tolak terus duit. Kita boleh run iklan dulu sampailah di satu tahap (cth dah spend RM100), barulah duit akan ditolak terus melalui bank.

  10. Assalamualikum tuan.. Kenapa sebelum dan selepas sy publish, sy cuba tengok balik video tu… Tapi x de sound, iklan tu berjalan tapi silent sound… Boleh tahu x?

    1. Waalaikumussalam.

      Biasanya video tu ada copyright sound. Meaning tak boleh guna sound tu. Biasa kita kena beli sound background atau ambil mana-mana yang tak ada copyright. Kalau ada copyright dia akan reject atau sound hilang.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kelas pemasaran

Kelas Instagram For Noobies

Kelas Google Ads Mastery

Kelas Bina Website Wordpress

Kelas E-Commerce Mastery

Kelas SEO (Google)

SERVIS & PRODUK

Panduan G-Series

Servis Pengiklanan FB & IG

Servis Google Ads

Servis Pembinaan Website

Servis SEO (Google)

HUBUNGI SAYA

28-1, Jalan PUJ 3/7, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, 43300, Malaysia

+6012-612 3203

admin@aulisuwais.com

LAMAN SOSIAL

Hakcipta Terpelihara © 2024 Aulis Uwais, Meetcyberjob Network (002499146-V)