Cara Buat Iklan Di Facebook dan Instagram

aulisuwaisFacebook, InstagramLeave a Comment

Adakah anda menggunakan Instagram For Business?

Pernah tak gunakan Instagram ads?

Kalau dah tahniah. Kalau belum pun tahniah. Sebab saya tak tahu nak mulakan artikel ni macam mana. Haha.

Apa pun dalam artikel ni anda akan belajar cara untuk buat Instagram ads dengan lebih berkesan & efektif.

Tapi sebelum tu, saya nak mintak anda kosongkan minda anda dan jangan dengar sangat apa orang kat luar sana tu cakap.

Sebab ada beberapa orang yang kata Instagram ads ni tak bagus. Tak berkesan.

Well tu die cakap sebab tak pandai buat. So tak perlu nak influence orang sangat. Saya sendiri guna ok je. Power siap. Oh well, it’s me ­čśŤ

Okay. Abaikan perangai buruk saya tadi. Kita fokus dekat topik asal. Ok?

Apa Itu Instagram Ads?

Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi baca jelah ye.

Ads atau dengan nama panjang die adalah advertising. Bermaksud pengiklanan. Senang cite pengiklanan di Instagram.

Jadi tujuan Instagram ads ni adalah untuk tunjukkan iklan atau promosi bisnes anda ke orang yang mungkin berminat dengan servis atau produk anda.

Dekat bawah ni adalah contoh gambar Instagram ads. Mungkin anda pernah nampak bila main Instagram. Dia ada tulis “sponsored” dekat atas belah kanan tu.

Text

Instagram ads ni berbayar. Bukannya free. Anda akan bayar dekat pihak Facebook sebab Instagram ni diorang yang punye.

Marketing Percuma & Berbayar

Apa bagusnya marketing percuma dan berbayar ni?

Bila suruh dipilih, of coz ramai yang akan pilih method yang free. Yelah, sapa tak suka dengan percuma kan?

Tapi bila anda gunakan method percuma ni, anda akan lambat bergerak. Lambat buat sales. Lambat orang kenal bisnes anda. Dan yang paling stress, duit pun lambat masuk.

Tapi saya tak kata method free ni tak bagus langsung. Kalau kena cara dan flow, memang boleh letup. Tapi payah.

Method berbayar ni pulak lebih mudah.

Post je gambar, buat iklan. Berdesup orang PM PM. Saya pun tak tahu kenapa diorang nak sangat Perdana Menteri kita tu. Sebab dalam Instagram ni patut diorang cakap DM as in “Direct Message”. Haha.

Tu saya main-main je. Nak PM ke nak DM ke suka hati lah. Janji diorang tu nak beli produk / servis kita.

Cara Buat Instagram Ads

Disebabkan saya penat menjawap pertanyaan orang tentang cara nak buat Instagram ads ni, jadi saya hadiahkan video step by step cara untuk anda buat Instagram ads nih.

Video ni berdurasi selama 27 minit & 41 saat. Lama sebab banyak input penting yang saya share dalam video ni. So layankan lah video ni ye. Kalau boring pun layan jugak. Nak belajar buat duit kan? So tengok jelah. Orang dah bagi free ni.

Boleh klik “Play” terus dekat video bawah ni.

Video ni sebenarnya adalah sebahagian daripada Video Panduan Gerilla Instagram yang saya buat. Kalau minat nak dapatkan video ni yang selebihnya boleh terus KLIK SINI.

Harap-harap hadiah yang tak seberapa ni boleh bantu anda jana duit dengan lebih banyak lagi akan datang.

Ops kejap..

Saya lupa nak share dengan anda.

Biasanya bila nak buat ads ni ada setting-setting yang penting anda kena tahu. Terutamanya “interest“.

Interest di setting ads merupakan cara untuk anda set dekat siapa yang akan nampak iklan anda tu.

Penting untuk anda tahu supaya tak membazir / terbakar duit iklan anda tu nanti.

Tapi jangan risau, ada 1 cara untuk anda tahu “interest” apa yang patut anda letak di setting ads anda tu nanti.

Bukan takat tahu je, kos iklan anda juga akan jadi rendah gila dan anda akan dapat banyak potential customer yang memang minat dengan produk anda.

Tools Hangat Untuk Anda

Anda teringin nak buat iklan di Facebook / Instagram dan buat duit gila-gila? Anda wajib ada tool ni! Saya serius! Tekan butang di bawah!

Klik Sini!

Anda rasa artikel kali ni membantu anda? Share link artikel ni dekat kawan-kawan anda juga ya!

Kalau anda pertanyaan boleh je komen dekat bawah ni. Cheers!