Apakah Itu Google Ads?

aulisuwaisGoogle Ads, Tips Pemasaran Online1 Comment

Google Ads atau nama lamanya Google AdWords adalah merupakan pengiklanan berbayar di platfom jajahan Google seperti YouTube, Google Search Page, dan lain lain lagi.

Saya pasti anda pernah nampak iklan Google ni sebab boleh kata iklan Google di ada di merata tempat seperti di Mobile Apps dan di Laman Web.

Contoh Iklan Google Ads

Ada 3 jenis iklan Google Ads yang biasa anda nampak seperti:

  • Google Search Network
  • Google Display Network
  • Google Video

Ini adalah contoh iklan Google yang anda mungkin pernah nampak:

Contoh Iklan Google Search Network

Ini adalah contoh iklan Google Search Network. Bermaksud iklan ni hanya akan keluar kalau prospek anda sedang mencari sesuatu produk / servis di Google.

Contoh Iklan Google Search Display

Yang ini pula adalah iklan Google Display Network.

Pernah tak anda nampak iklan-iklan berbentuk gambar di website seperti The Vocket, SiakapKeli, Mudah.my, atau lain-lain tu?

Saya yakin anda pernah nampak. Bukan takat dekat website tu je. Dekat mobile apps pun ada. Hampir kesemuanya adalah iklan Google ads tau.

Contoh Iklan Google Video Di YouTube

Yang terakhir sekali saya nak bagitau adalah iklan Google Video.

Iklan macam ni biasa anda akan nampak dekat YouTube. Alaa yang anda selalu tekan “Skip” tuuu..

Haa ini semua adalah iklan Google Ads.

Apa Beza Google Ads Dengan Google Adsense

Ramai yang konfius lagi tentang benda ni. Takpe. Saya explain secara mudah dekat sini ye.

Basically, Google Ads ni adalah berbayar. Which kita sebagai pengiklan akan bayar dekat Google.

Google Adsense pulak Google akan bayar dekat kita. Ala macam youtuber & blogger buat duit lah. Kalau anda masih blur blur dengan Google Adsense, boleh je pergi Google sendiri atau tengok explanation tu dekat YouTube.

Macam Mana Google Ads Boleh Bantu Bisnes Anda?

Iklan dekat Google Ads ni lebih kepada bidding & PPC (Pay Per Click). Sapa letak bid tinggi, iklan die lah yang akan selalu keluar dan orang akan selalu nampak.

Kalau nak cerita bagus ke tak Google Ads ni, saya rasa Google Ads ni sangat bagus untuk orang yang berbisnes buat servis.

Contoh servis tu macam buat bisnes bengkel kereta, servis aircond, ejen hartanah, spa, atau apa apa lagi bisnes yang buat servis.

Sebab apa?

Sebab bisnes konsep servis ni ramai orang akan cari dekat Google. Saya sendiri kalau cari apa-apa info saya akan pergi cari dekat Google.

Jadi sapa yang buat iklan jenis “Search Network” memang akan untung. Sebab diorang akan dapat prospek yang memang sedang mencari servis tu atau jalan penyelesaian sesuatu masalah tu.

So kalau saya ada aircond rosak dekat rumah, saya akan Google “servis repair aircond murah”.

Contoh di bawah:

Text

Gambar dekat atas adalah contoh iklan yang akan keluar. Cuba tengok. Siap ada no telefon. Senang untuk saya contact terus untuk tanya harga dan sebagainya.

Lepas tu depends dekat harga atau kelebihan bisnes tu sendiri untuk menentukan sama ada saya pilih die ataupun tidak untuk buat servis aircond rumah saya.

Since keyword “servis repair aircond murah” ramai yang guna (banyak competitor), jadi keyword ni sedikit mahal.

Kan saya ada cakap, sapa letak bid (duit) paling besar, die menang. Maksudnya die boleh duduk ranking dekat Google Search tu paling atas. Orang lebih mudah klik dekat iklan yang duduk paling atas.

Jadi, letak duit banyak, die lagi boleh dapat lagi ramai customer.

Tapi kena ingat, duit bukan segala-galanya. Ada formula kalau anda nak duduk ranking di atas tanpa keluar duit yang banyak.

Formula Ad Rank Google Ads

Ok, sekarang saya nak cerita sikit tentang formulanya. Formulanya mudah je. Tengok gambar dekat bawah.

Text

Mudah je kan.

Senang nak ingat la. Tapi nak buatnya tu susah sikit. Kena pandai sikit kalau nak bagi Ad Rank anda tinggi.

Tapi part paling penting adalah Quality Score.

Sebelum anda naikkan bajet iklan anda atau bidding, pastikan Quality Score anda tinggi. Maximum cuma 10/10.

Tapi biasanya orang dapat 6/10 atau 7/10 je. Tu kalau tak pandai buat lah. Hahaha!

Jadi macam mana tengok rankingnya? Tengok gambar dekat bawah pulak.

Text

Kalau tengok gambar di atas, anda boleh nampak dengan Quality Score yang tinggi, anda boleh duduk di ranking teratas walaupun anda Bid CPC anda rendah.

Sekarang anda dah tau formula Ad Rank. Tapi anda belum tau formula untuk naikkan Quality Score.

Formula Quality Score

Sebenarnya tak susah mana pun nak naikkan Quality Score ni kalau tau caranya. Anda hanya perlukan mantapkan 3 elemen penting ni.

  • Clickthrough Rate (CTR)
  • Ad Relevancy
  • Landing Page
Clickthrough Rate (CTR)

CTR ni anda kena tahu berapa ramai yang nampak iklan anda yang klik iklan anda.

Contoh orang yang nampak iklan anda dalam 1000 orang. Tapi yang klik iklan anda cuma 100 orang sahaja.

Bermaksud CTR anda adalah 10% sahaja.

Apa yang anda kena buat adalah tingkatkan percentage CTR anda. Lagi tinggi lagi bagus. Sebab Google akan nampak seperti orang suka dengan iklan anda.

Jadi Google sendiri akan letakkan iklan anda di atas.

Ad Relevancy

Iklan anda ok coz la kena relevance dan tak mengarut. Contoh dekat website tulis servis aircond tapi dekat ayat iklan tulis servis peti sejuk.

Jadi tak relevan lah kalau gitu.

Sama juga dengan diskaun. Dalam website tulis 20% diskaun tapi dalam iklan tulis 50% diskaun. Tak relevan lol.

Kalau iklan anda tak relevan, Google tak suka. Jadi ianya akan mempengaruhi Quality Score anda.

Landing Page (Website)

Web anda pulak mestilah padu. Maksud padu saya tu kenalah laju. Loading speed time anda kenalah bawah daripada 3 saat. Lagi kurang lagi bagus.

Kalau web lambat prospek malas nak tunggu. Google pun tak suka. Senang cite anda kena optimize web anda sendiri supaya loading speed tu laju.

Kalau anda nak tau laju ke tak web anda tu boleh check dekat GT Metrix.

Cantik atau tak cantik website tu takde main peranan. Cuma anda kena pastikan web anda kemas untuk orang tengok dan mudah untuk orang paham. 

Baru la senang nak convert jadi jualan. Takde la bazir anda spend duit buat Google Ads ni.

Okay tu je kot saya nak explain. Semoga perkongsian saya ni bermanfaat untuk anda. 

Nak belajar buat Google Ads?

Belajar cara buat Google Ads step by step dengan video panduan yang saya sediakan untuk anda.

Nak Belajar Online Marketing?

Isi nama & emel anda di bawah untuk dapatkan tips berkenaan dengan pemasaran online yang berkesan. 100% Percuma!

envelope
envelope

About the Author

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

One Comment on “Apakah Itu Google Ads?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *