6 Web Builder Tool Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Buat Website

aulisuwaisWebsiteLeave a Comment

Nak buat website zaman sekarang ni bukan susah macam dulu-dulu. Sekarang ni dah banyak web builder tool yang anda boleh gunakan untuk buat website.

Pernah dengar pasal CMS?

CMS (Content Management System) ni sebenarnya adalah satu aplikasi web yang membolehkan para pengguna nubis kubis (tak pro) untuk membuat website dengan mudah.

Antara salah satu CMS yang biasa anda dengar adalah seperti WordPress, Joomla, AbanteCart, Prestashop, Opencart, Drupal dan juga Magento.

Tapi tanpa menggunakan CMS yang saya mention di atas, anda boleh juga menggunakan website builder yang lain untuk anda buat website.

Well benda ni lah yang saya akan bebel sepanjang artikel ni. Sila baca satu per satu. Jangan malas.

Unbounce

Text

Ini adalah antara favorite platfom saya bila nak buat website. Hampir semua ada. Senang cakap, apa yang anda nak, akan ada dalam Unbounce.

Masalahnya cuma harga. Harganya terlampau mahal untuk pengguna biasa.

Well saya takkan suggest platform ni kalau anda jenis yang suka main-main atau yang baru nak bermula. 

Instapage

Text

Seperti web builder yang lain, Instapage juga adalah antara pilihan utama saya kerana design yang menarik dan conversion rate yang tinggi.

Instapage juga mempunyai intergration yang menarik sebab tak pernah lagi ada intergration seperti yang ada pada Instapage.

Antara intergration yang ada di Instapage ini boleh di dapati pada laman web Instapage. Sebab kalau nak saya list dekat sini memang banyak gila. 

Daripada harga pula tidaklah semahal yang anda sangka. Boleh tahan berbaloi juga harganya dengan apa yang anda bakal dapat / guna.

OptimizePress

Text

Kalau anda pernah dan suka menggunakan WordPress untuk buat website, mesti anda suka guna OptimizePress ni.

Sebab OptimizePress adalah merupakan satu Theme dan juga Plugin untuk kegunaan anda di WordPress.

Banyak template yang dihasilkan yang anda boleh terus tukarkan untuk letak di website anda. Of koz anda kena tukar ayat tapi layout memang dah ditetapkan untuk hasil conversion rate yang tinggi.

Bagi Internet Marketer, OptimizePress ni adalah mimpi yang nyata! huhu. 

Camna tak suka. Boleh buat Landing pages, Training Page, Webinar Page, dan juga Product Launch Funnels. Dan semuanya sudah siap template. Anda cuma tinggal download dan tukar ayat je. Simple!

Thrive Architect

Text

Okay. Thrive Architect ni sebenarnya satu tool favorite saya all the time! Haha. Sebab saya gunakan dekat setiap website saya.

Benda ni sebenarnya adalah salah satu WordPress plugin. Ye. Anda perlukan CMS WordPress untuk gunakan Thrive Architect ni. Kalau tak memang tak jalan ler.

So saya minat dengan plugin ni bukan sebab apa. Tapi sebab loading web speed yang laju.

Jarang saya jumpa plugin yang boleh buat website loading saya laju. Kalau ada pun tak bagus dan tak best nak guna. As in not mobile friendly la kononnya.

So yeah. Saya juga design dan fungsi yang ada pada Thrive Architect nih. Tapi nak guna Thrive ni tak mudah. Ini bukan drag and drop web builder sangat pun. 

Kalau anda first time guna mungkin ambil masa sikit untuk pandai buat web yang cantik dengan Thrive Architect nih.

Convertri

Text

Okay. Convertri ni memang powerful web builder yang betul-betul boleh drag and drop untuk buat website. Serius.

Software ni adalah di antara web builder yang saya akan rekemen. Kalau ada duit lah. Sebab benda ni tak murah sangat macam web builder yang saya mention dekat atas tu semua.

Saya serius tak dapat nak explain lebih sangat pasal Convertri ni. Better anda masuk website dia sendiri dan tengok apa fungsi yang ada. Serius. Memang terbaik.

Webwave

Text

Okay. Ini pula antara yang terbaik. Sebab ada lifetime pakej dari 30 Mei  – 8 Jun 2018. Harga murah gila.

Webwave merupakan satu lagi tool Drag and Drop teknologi untuk anda setup website anda.

Yang saya mention dekat atas pasal lifetime tu adalah berkenaan dengan hosting dia. So bayangkan lah, bayar sekali tapi pakai sampai bila-bila.

Nak tau lagi lanjut, terus masuk ke laman web diorang dengan KLIK SINI.

Macam biasa, kalau anda ada soalan, boleh terus komen dekat bawah artikel ni. Ok?

Sabar! Nak bonus kalau beli Webwave?

Saya nak bagi bonus extra kalau anda nak dapatkan Webwave!

 

About the Author

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.